Sunday, August 31, 2008

salam merdeka...
dah lama rasanya x menulis kat blog nie...
rasanya macam nak kembal aktif untuk menulis di blog nie
memandangkan pelbagai isu berbangkit yang sedang berlaku di negara kita MALAYSIA
sebelum saya menjadi semakin aktif menulis di blog nie...
saya ingin mengucapkan...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 51
semoga malaysia menjali lebih CEMERLANG-GEMILANG-TERBILANG

Tuesday, February 19, 2008

PILIHANRAYA IS AROUND THE CORNER :D

hurm...pada sesapa yg dah daftar @ 'ter'daftar untuk pilihanraya 2...sila2lah pg mengundi...bknnya apa...2 dah kira tanggungjawab 2... marilah kita sama2 mengundi sapa yg patut...anda perlulah menjadi seorg pengundi yang bijak... :)

fakta suruhanjaya pilihanraya
(Ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya)








  • SPR Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
  • Semasa penubuhannya SPR dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.
  • Pengerusi pertama : Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan
  • Ahli-ahli : Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
  • Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. (Sabah atau Sarawak)
  • Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.
  • 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi.
  • Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.
  • Setiausaha SPR pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.
  • Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur.
  • Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  • Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988
  • Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.
::smbg fakta lain nanti::

Wednesday, August 22, 2007

ASAL-USUL LAGU NEGARAKU


Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan, yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Lirik Negaraku

Versi Rumi

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Versi Jawi

نڬاراكو
تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا

رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا


Berikut ialah lirik lagu Trang Bulan.

Lirik Trang Bulan

Terang Bulan, Terang Bulan Di Kali,
Buaya Timbul, Disangkalah Mati
Jangan Percaya Mulutlah lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!
Jangan Percaya Mulutlah Lelaki,
Berani Sumpah Tapi Takut Mati!

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia..

PRINSIP RUKUN NEGARA


RUKUN NEGARA

Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.


i)Matlamat Rukun Negara

  • mengukuhkan perpaduan.

  • memelihara corak hidup demokratik.

  • mencipta sebuah masyarakat yang adil.

  • menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.

  • membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.


ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara

a)Kepercayaan kepada Tuhan

  • agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

  • rakyat yang beragama mudah diurus.

  • perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.


b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

  • semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

  • Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

  • Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

  • penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.


c)Keluhuran Perlembagaan

  • perlembagaan merupakan undang-undang utama

  • perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

  • rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya


d)Kedaulatan Undang-Undang

  • rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

  • rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

  • rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.


e)Kesopanan Dan Kesusilaan

  • rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

  • ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

  • amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.


MANUSKRIP PENGISYTIHARAAN MERDEKA


Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris

Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.


PENCIPTA BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU




Dalam penyelidikan yang dijalankan, Arkib Negara telah menemui dokumen yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed bin Hamzah dihantar kepada 'Clerk of Councils' , The Council Chamber, Kuala Lumpur, memajukan cadangan rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Salinan lakaran Bendera Persekutuan Tanah Melayu juga telah diperolehi dari koleksi fail Jabatan Kerja Raya, Johor yang ditandatangani oleh Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tandatangan yang terdapat di dalam surat di atas dan tandatangan pada lakaran bendera adalah sama.


Berdasarkan kepada penemuan ini, besar kemungkinan bahawa pencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu itu ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah.