fakta suruhanjaya pilihanraya
(Ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya)
- SPR Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
- Semasa penubuhannya SPR dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.
- Pengerusi pertama : Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan
- Ahli-ahli : Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
- Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. (Sabah atau Sarawak)
- Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.
- 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi.
- Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.
- Setiausaha SPR pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.
- Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur.
- Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
- Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988
- Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.